Belajar Buat Duit Dengan Blogging

APA BEZA BLOG DENGAN WEBSITE?

Setiap kali saya post iklan untuk ajak mereka yang berkerjaya khususnya untuk membuat blog, pertanyaan yang paling popular adalah:

Apa beza blog dengan website?

Minta maaf saya katakan. Ramai di kalangan tuan-tuan mungkin hanya terlalu sinonim dengan Facebook, Instagram, Whatsapp dan juga Telegram. Yang saya sebutkan itu adalah ‘tools’ untuk kita bersosial dan berkomunikasi.

Asasnya, ia menggunakan platform website. Kemudian zaman semakin canggih dengan perkembangan teknologi Mobile Apps, sosial media tersebut dikemaskini dan setiap satunya ada mobile apps tersendiri.

Jadi, asasnya juga ialah..

  • Facebook adalah website,
  • Instagram adalah website,
  • Whatsapp adalah website,
  • Telegram adalah website,
  • Youtube adalah website.

Boleh tak saya katakan ‘website’ adalah umum? Tentunya boleh. Jadi, blog tu apa pula?

Blog pula bermaksud sebuah website yang mengandungi isi kandungan (disebut konten) dikemaskini secara berkala oleh individu atau kumpulan, ditulis secara gaya formal atau gaya percakapan.

Blog yang dikemaskini secara berkala itu biasanya tentang:

  • Aktiviti seharian
  • Konten berkenaan ilmu pengetahuan
  • Tips & Tricks
  • Hobi dan sebagainya.

Adakah Facebook, Instagram itu blog?

Jawapannya ya dan tidak! YA kerana konsep kemaskini berkala itu kena dengan konsep blog. Sebaliknya, TIDAK kerana Facebook dan Instagram menggunakan platform tersendiri khusus untuk bersosial dan mempunyai banyak kelemahan dari segi pengkategorian dan carian post.

Blog adalah website. Website tidak semestinya blog.

Well, saya harap anda sudah boleh bezakan antara blog dengan website ya.

Komen di bawah apa pandangan anda tentang blog?

Related articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *