Belajar Buat Duit Dengan Blogging

4 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLU MEMULAKAN BLOG

Apakah tujuan anda membina dan memulakan blog pada awalnya? Jom baca artikel ini, terdapat 4 sebab utama yang mungkin ‘match’ dengan anda.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memulakan blog:

  1. Menjana pendapatan wang secara online. Ya! Blogging adalah sebuah perniagaan atas talian yang mungkin anda tidak sedar. Banyak blogger yang membuat pendapatan 3 hingga 6 angka hanya dengan menggunakan blog mereka. Anda juga boleh memulakan blog untuk menghasilkan wang. Blogging adalah salah satu model perniagaan yang paling menguntungkan dengan kos yang sangat rendah. Di sini bermaksud, walaupun anda mempunyai perniagaan menjual produk fizikal, tapi dengan menggunakan kelebihan blogging, anda boleh menjana pendapatan juga. Dengan menulis blog, anda mampu menjana pendapatan 3 hingga 6 angka untuk menjalani kehidupan yang selalu anda inginkan. Blogging menyediakan platform untuk mempamerkan kemahiran, keupayaan, minat, cadangan, dan kisah hidup anda. Ramai juga di kalangan pembaca (mungkin di kalangan pelajar atau orang-orang berkerjaya) mencari sumber bacaan daripada blog. Mereka mencari produk, buku, jawatan kosong, nasihat, panduan, nota berguna, gambar fotografi, kisah-kisah tauladan atau cerita seram, dll.
  2. Membina Audience atau penonton. Saya lebih suka dengan istilah followers atau tribes. Mungkin, anda ingin melancarkan buku atau produk. Blog adalah medium pemasaran terbaik untuk menyebarkan maklumat itu kepada dunia. Blog mampu menarik lead dan membuat closing jualan perniagaan anda. Anda boleh membina jenama dan branding selain memberi maklumat lebih lanjut mengenai perniagaan anda.
  3. Ceritakan kisah perjalanan hidup anda. Dari kisah peribadi hingga pengalaman sepanjang hayat, blog adalah tempat yang sempurna untuk melakukannya, manakala Facebook atau Instagram mahupun Twitter bukanlah tempat terbaik untuk tujuan itu. Anda boleh memulakan blog untuk berkongsi kisah anda sebagai inspirasi. Apa sahaja yang anda pelajari, atau pengalaman. Dengan memulakan blog, anda dapat berkongsi kemahiran, pengetahuan, kemahiran kreatif dan apa sahaja kepada dunia. Blogging adalah platform terpantas, dan paling mudah untuk berkongsi pengalaman anda.
  4. Anda sebagai Penulis. Katakan anda mempunyai minat dalam bidang penulisan. Memulakan blog adalah keputusan paling terbaik yang anda perlu buat. Anda boleh meningkatkan kemahiran menulis anda dengan menyatakan pemikiran dan hasil kreatif anda kepada dunia. Ramai penulis mempunyai pengaruh sehingga dapat membantu dunia kerana hasil penelitian dan kajian penulis memberi kebaikan kepada dunia dan masyarakat dunia.

Cuba pertimbangkan! Mungkin salah tu sebab di atas itu menjadi sebab anda memulakan sebuah blog pada suatu hari nanti. Kenapa tidak?

Dalam Jombuatblog.com ini, saya akan menyediakan panduan lengkap langkah demi langkah. Kita akan belajar cara memulakan blog dengan mudah. Teruskan bersama saya.

Bagaimana pula dengan pandangan anda? Mungkin anda mempunyai sebab tersendiri? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Related articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *