Belajar Buat Duit Dengan Blogging

TIADA BLOG, TIADA BRANDING!

Apa kelassss takde branding! Nak harapkan branding kat Facebook dan Insta jer ke?

TIADA BLOG, TIADA BRANDING

TIADA BRANDING, TIADA SALES

TIADA SALES, NAK MAKAN APA?

Anda mungkin tak setuju dengan posting ini. Sebabnya anda ‘pernah’ dapat sales dari Facebook ribu-ribu dan percaya itu sahaja jalan terbaik untuk anda mendapatkan ‘sales’.

Ingin menjadi usahawan yang ‘Next Level’? Jangan lupa buat branding. Di media sosial, kita mungkin gah dengan memiliki followers yang ramai. Tapi apa bezanya kita dengan orang lain? Dia pun ada followers yang ramai juga!

So, to be the ‘Next Level’ kita perlu buat sesuatu iaitu,

  1. Buat Blog atas nama sendiri atau branding sendiri. Seperti saya, Jombuatblog.com adalah branding saya. Mungkin anda menggunakan nama sendiri sebagai branding seperti jackmahensom.com, mohdzainolkk.com sebagai contoh. Jadi, anda perlulah belajar secara mendalam bagaimana hasilkan blog yang miliki branding selain menjana pendapatan daripadanya.
  2. Terbit Buku sendiri. Ingat tak artis bernama Fattah Amin? Ramai netizen gelakkan buku yang dia hasilkan. Tapi masa yang sama, beliau menghasilkan income lumayan hasil menjual buku tersebut. Peminat pula rasa dihargai kerana buku yang ditulis itu berupa kata-kata ‘pujangga’ dari seorang artis yang diminati. Tak ramai artis memiliki buku sendiri tau! Dah tentu buku itu diabadi dalam ruangan rak buku peminatnya.

Dr. Azizan Osman adalah salah satu pakar motivasi perniagaan yang of course anda sudah kenal. Begitu juga anak didik beliau seperti Sifu FBads, Najib Asaddok, Like Method dan ramai lagi.

Mereka yang saya sebutkan di atas adalah public figure. Mereka mempunyai kelas tersendiri. Branding mereka cukup power. Salah satu platform yang mereka gunakan adalah Blog + Facebook untuk tarik followers mereka menjadi customer. Dah jadi customer, jadi regular customer pulak!

Saya faham, masih ramai yang belum bersedia menggunakan blog sebagai alat utama bisnes online anda. Maka, branding yang anda bina di Facebook mungkin sia-sia.

Kenapa saya katakan sia-sia? Kerana, anda mempunyai follower. Semata-mata follower yang tak diconvertkan kepada customer.

FYI, nak close customer jarang berlaku di sosial media. Kalau berlaku pun, mungkin customer itu dalam kumpulan atau segmen kurang kualiti.

So, untuk mendapatkan customer yang betul-betul berkualiti, bermainlah di medan blog.

Branding anda akan semakin meningkat kerana hanya memiliki blog sahaja. Orang baharu yang ingin mengenali diri kita, mereka perlu membaca tentang kita. Malangnya jika kita fokus kepada sosial media, orang hanya kenal kita melalui gaya posting dan emosi yang kita paparkan di sosial media. Mereka tak mendalami siapa sebenar diri kita.

So, sediakan sebuah platform untuk mereka kenali diri kita, meningkatkan branding diri kita. Itulah blog!

Related articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *